Showing posts with label bab 1. Show all posts
Showing posts with label bab 1. Show all posts

Tuesday, 20 December 2011

A136119: Halangan Bahasa dalam Komunikasi

"WHAT ARE YOU SINKING ABOUT?!"

Bahasa Inggeris merupakan bahasa antarabangsa yang digunakan oleh seluruh dunia. Walau bagaimanapun, orang German dalam video ini, sangat jelas sekali bahawa dia tidak faham kata-kata minta bantuan daripada mangsa kapal yang tengah tenggelam. Hal ini amat perlu diberi perhatian dan bukan sekadar ditonton sebagai satu video komersial yang menghiburkan kerana jika situasi ini betul-betul berlaku di sekeliling kita, mungkin banyak nyawa akan dikorbankan.
Bagi mencapai keberkesanan komunikasi, seseorang haruslah mempelajari bahasa antarabangsa, iaitu Bahasa Inggeris dengan baik dari segi lisan dan bertulis. Dengan ini, seseorang itu barulah boleh berkomunikasi dengan orang yang terdiri daripada pelbagai agama, bangsa, budaya dan kaum dengan lancar dan efektif. Selain itu, seseorang itu juga boleh maju dalam pelbagai bidang yang berkembang di seluruh dunia.


A137039: Jenis Komunikasi

Kemahiran berkomunikasi adalah satu keupayaan untuk menyampaikan mesej , berkongsi idea , pengalaman dan perasaan antara sesama manusia. Keupayaan berkomunikasi yang berkesan mampu mengeratkan hubungan antara manusia dan dengan cara ini juga manusia bergantung antara satu sama lain. Keupayaan manusia slaing bergantung antra satu sama lain diwujudkan dengan bekerjasama untuk melaksanakan sesuatu perkara degan jayanya.

Jenis komunikasi

Komunikasi secara lisan
Komunikasi secara lisan melibatkan seseorang untuk bersuara ketika menyampaikan mesej kepada penerima. Dengan cara ini mesej boleh disampaikan dengan lebih tepat dan lebih jelas. Komunikasi lisan yang bekesan ialah kedua-dua pihak memahami perkara yang mereka sedang bincangkan. Penerima mesej juga boleh memberi respon atau reaksi pada waktu itu juga. Pada masa yang sama, hubungan antara pemberi dan penerima mesej boleh dieratkan lagi kerana mereka berkomunikasi secara langsung. Penggunaan bahasa yang sopan dan tepat perlu digunakan agar tidak menyinggung perasaan penerima mesej sekaligus tidak akan mendengar mesej yang ingin disampaikan. Intonasi juga termasuk dalam aspek komunikasi lisan. Intonasi boleh memberi kesan kepada penerima mesej. Sekiranya intonasi yang salah digunakan, berkemungkinan penerima mesej akan menerima mesej yang salah.

Komunikasi bukan verbal
Komunikasi ini lebih berbentuk fizikal dan tidak melibatkan percakapan. Komunikasi cara ini boleh memberikan pandangan awal kepada penerima mesej tentang perkara yang ingin disampaikan.  Contohya, pandangan mata, sentuhan, wangian, gerak isyarat dan gaya berjalan. Komunikasi cara ini membantu komunikasi lisan untuk menyampaikan mesej yang lebih jelas kepada penerima mesej. Komunikasi bukan verbal juga boleh disampaikan dengan cara menunjukkan perasaan seseorang pada waktu tertentu seperti marah, sedih, sayang dan lain-lain. Kadang kala komunikasi ini adalah kabur. Contohnya seseorang senyum pada kita. Mungkin individu tersebut senyum sebagai pengganti salam atau individu tersebut tersenyum kerana dia sedang memperli kita. Penerima mesej boleh memperoleh mesej yang salah dengan komunikasi ini. Komunikasi cara ini juga terikat dengan budaya. Contohnya masyarakat Arab yang sama jantina akan berpeluk antara satu sama lain apabila berjumpa tetapi laen pula bagi masyarakat Jepun atau Korea. Mereka akan saling tunduk menunduk sebagai tanda hormat antra satu sama lain.

Komunikasi bertulis
Penulisan boleh dibuat dengan pelbagai bahasa dan cara. Perkataan yang ditulis adalah mesej yang ingin disampaikan oleh pemberi mesej kepada penerima mesej. Tambahan lagi, perkara yang ditulis atau dilukis boleh disimpan untuk kegunaan masa depan. Penulisan yang baik mempunyai isi atau pengolahan yang tepat dan jelas, gaya bahasa yang betul , dan penggunaan bahasa yang tepat dan tidak kasar. Isi yang dimasukkan dalam penulisan tersebut diperoleh dari pembacaan buku atau kajian tentangperkara tersebut. Ini peru dilakukan agar penulisan yang ditulis akan memberikan maklumat yang tepat dan tidak lari dari tujuan sebenar. Fakta yang ditulis itu akan mewujudkan kepercayaan pembaca terhadap perkara yang ditulis. Kemudian, gaya bahasa yang betul perlu disampaikan agar memberikan impak yang besar kepada pembaca. Pengolahan yang baik dan sempurna memberikan kesinambungan tentang perkara yang ditulis. 


Rumusan : komunikasi lisan adalah berdasarkan percakapan seseorang terhadap orang lain. Komunikasi bukan lisan adalah komunikasi yang melibatkan gerak geri badan seseorang seperti dan juga menunjukkan personaliti seseorang. Akhir sekali, komunikasi bertulis yang tidak memerlukan pemberi mesej dan penerima mesej untuk bersua muka untuk berkomunikasi. Komunikasi jenis ini juga boleh disimpan untuk kegunaan masa hadapan.