Tuesday 13 December 2011

A136436: Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH)

CABARAN PSH
  • ·         Sistem pengajian tinggi perlu lebih fleksibel dan responsif untuk menyediakan individu yang mampu mengamalkan PSH. Ia juga perlu memberikan ruang dan kerangka pengiktirafan yang membolehkan mobiliti pelajar melalui laluan pendidikan yang pelbagai. Hal ini sekali gus dapat meningkatkan penyertaan daripada pelbagai golongan dan memberikan peluang kedua mengikuti pengajian tinggi selepas mereka tidak mendapat peluang pertama untuk menghadirinya disebabkan oleh sesuatu halangan atau kekangan. Dalam konteks ini, cabaran yang dihadapi ialah bagaimana untuk meningkatkan penyertaan lebih ramai di kalangan orang awam tanpa mengira had umur untuk menyertai PSH.
  • ·         Pelbagai IPT terlibat dalam penyediaan pengajian PSH yang meliputi bukan sahaja IPT yang ditubuhkan khusus bagi maksud PSH, tetapi juga IPT konvensional lain yang turut menawarkan program pengajian di bawah kaedah ini. Justeru, kajian perlu dijalankan untuk menentukan sama ada IPT konvensional hanya menumpu kepada program pengajian sepenuh masa atau turut terlibat menyediakan program PSH. Ini memandangkan perbelanjaan besar yang perlu ditanggung oleh kerajaan pada setiap tahun bagi membiayai IPTA dan kebaikan yang boleh diperoleh jika IPT konvensional hanya mengkhusus dalam bidang teras masing-masing. Namun demikian, bagi program lanjutan pengajian yang dianjurkan oleh IPTA yang dapat berdikari dari segi kewangan, program sedemikian wajar diteruskan.
  • ·         Dasar PSH bukanlah satu perkara baru dan sebelum ini dasar ini pernah digubal oleh beberapa kementerian dan agensi. Sebagai contoh, JPA telah menggubal dasar PSH bagi meningkatkan tahap profesionalisme di kalangan penjawat awam. Manakala, Kementerian Sumber Manusia (KSM) menggubal pelan PSH bagi memenuhi keperluan kemahiran yang pelbagai, pengkhususan dalam industri dan pembangunan sumber manusia. Sebagai pelengkap kepada dasar atau pelan PSH yang dilaksanakan oleh kementerian / jabatan / agensi lain, IPT akan turut  melaksanakan program PSH.


No comments:

Post a Comment