Tuesday 13 December 2011

A136176: PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT

Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) ataupun pembelajaran sepanjang umur bermaksud aktiviti pelajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan sepanjang hayat khususnya orang dewasa.

Faedah pembelajaran sepanjang hayat

  • membaiki kehidupan seseorang menerusi peningkatan kemahiran kerja
  • pembaikan sahsiah diri
  • penambahan ilmu pengetahuan
  • meningkatakan produktivit


Amalan dalam pembelajaran sepanjang hayat

  • Amalan Membaca
  • Penyertaan Kursus Jangka Pendek
  • Penyertaan Kursus Jangka Panjang
  • Penyertaan Ceramah


Sebab perlunya pembelajaran sepanjang hayat

  • setiap individu akan melalui fasa perkembangan yang berbeza dan adanya tugas masing masing dan ianya perlu untuk memenuhi tugas-tugas dalam setiap fasa perkembangan
  • perkembangan teknologi berlaku dari masa ke masa dan ianya harus diperoleh untuk membolehkan diri supaya dapat bersaing.
  • tidak ketinggalan zaman
  • dapat bergaul dalam masyarakat dan tidak diabaikan


Artikel berkaitan dengan pembelajaran sepanjang hayat

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Wawancara_Pembelajaransepanjanghayat/Article/index

Rumusan

Tahap kesedaran rakyat negara ini terhadap kepentingan pembelajaran sepanjang hayat (PSH) masih lagi rendah biarpun sudah banyak usaha dan peluang disediakan bagi membolehkan mereka menikmati pendidikan sedemikian. Selain itu, sebahagian besar tenaga kerja di negara ini adalah dari kelompok yang tidak berkemahiran tinggi dan ia dikhuatiri terus menjadi kekangan kepada sasaran negara mencapai status negara maju. Oleh iut,peranan universiti ODL melaksanakan pendekatan lebih agresif dan menyeluruh bagi menggalakkan minat dan kecenderungan masyarakat menambah pengetahuan dan kemahiran sedia ada untuk melahirkan graduan berdaya saing dan kompeten. Hal ini kerana dunia hari ini memerlukan modal insan yang tinggi daya kreativiti dan inovasi.


Artikel berkaitan dengan pembelajaran sepanjang hayat.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0120&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_07.htm

Rumusan
Kerajaan telah memberikan penekanan terhadap konsep pembelajaran sepanjang hayat kerana ia berupaya meningkatkan produktiviti dan peluang pekerjaan, memperkayakan jiwa dan minda dengan ilmu pengetahuan yang berkualiti. Dalam konteks ini, kerajaan memberikan banyak peluang pendidikan seluas-luasnya kerana ia penting untuk membekalkan ilmu terkini kepada masyarakat.Bagi rakyat yang bekerja pula, kerajaan galakkan mereka supaya menambah ilmu kerana persekitaran kerja boleh berubah secara dramatik disebabkan oleh penciptaan teknologi terkini,”

Rujukan

No comments:

Post a Comment