Tuesday 20 December 2011

A136119: Halangan Bahasa dalam Komunikasi

"WHAT ARE YOU SINKING ABOUT?!"

Bahasa Inggeris merupakan bahasa antarabangsa yang digunakan oleh seluruh dunia. Walau bagaimanapun, orang German dalam video ini, sangat jelas sekali bahawa dia tidak faham kata-kata minta bantuan daripada mangsa kapal yang tengah tenggelam. Hal ini amat perlu diberi perhatian dan bukan sekadar ditonton sebagai satu video komersial yang menghiburkan kerana jika situasi ini betul-betul berlaku di sekeliling kita, mungkin banyak nyawa akan dikorbankan.
Bagi mencapai keberkesanan komunikasi, seseorang haruslah mempelajari bahasa antarabangsa, iaitu Bahasa Inggeris dengan baik dari segi lisan dan bertulis. Dengan ini, seseorang itu barulah boleh berkomunikasi dengan orang yang terdiri daripada pelbagai agama, bangsa, budaya dan kaum dengan lancar dan efektif. Selain itu, seseorang itu juga boleh maju dalam pelbagai bidang yang berkembang di seluruh dunia.


1 comment:

  1. CARA MENGATASI HALANGAN KOMUNIKASI
    -Berfikiran terbuka – tidak membuat prasangka
    -Mendengar dengan aktif
    -Mesej mestilah jelas
    -Gunakan bahasa mudah
    -Bukan lisan selaras dengan lisan
    -Eratkan perhubungan – timbul kepercayaan
    -Gunakan maklumbalas
    -Gunakan komunikasi bersemuka
    -Adakan empati
    -Awasi makna yang simbolik
    -Gunakan ulangan yang berpatutan
    -Pastikan anda sendiri jelas dengan idea yang hendak disampaikan
    -Pastikan tujuan sebenar
    -Minta pandangan orang lain

    ReplyDelete