Thursday 22 December 2011

Tugasan Kursus ZZZT1054 Pembangunan Diri

Bab 1: 
Kemahiran Komunikasi dalam Situasi Akademik




SINOPSIS

Sketsa ini mengisahkan tentang seorang  mahasisiwi tahun 1 di UYM. Dia seorang pelajar yang dikenali di kalangan rakan-rakan kerana kepintaran akademiknya. Tetapi dia mempunyai satu kelemahan iaitu dia adalah seorang yang antisosial. Dia tidak pernah melibatkan diri dalam aktiviti kelab atau persatuan di kolej atau fakultinya. Kerana ketaksubannya untuk mencapai cita-cita menjadi seorang doktor, dia sanggup menghadap buku sepanjang hari tanpa mempedulikan aktiviti yang dianjurkan di universiti.  Dia amat beruntung kerana mempunyai seorang rakan bilik yang mengambil berat tentang dirinya. Walaubagaimanapun, kerana ketaksubannya yang jitu, nasihat yang diberi oleh rakannya diabaikan begitu juga nasihat daripada senior-senior. Selain mereka, kaunselor universitinya juga cuba menasihatinya selepas diberi tahu oleh rakannya. Tetapi semua nasihat diabaikan begitu sahaja. Selepas 4 tahun, dia berjaya menamatkan pelajarannya di universiti tersebut tetapi dengan keputusan yang kurang memuaskan untuk memohon sebagai seorang doktor. Dia cuba menghadiri temujanji untuk menjadi seorang doktor swasta kerana kelayakannya tidak mencukupi untuk bekerja di kerajaan. Tetapi apa yang tidak disedarinya adalah, kelayakan yang dapat membantunya adalah kemahiran sosial yang dapat melindungi  keputusan peperiksaannya.Akhirnya, dia gagal dalam temujanji tersebut  kerana dia tidak pandai untuk menghadapi situasi yang memerlukan kemahiran berkomunikasi.  Pihak yang terlibat dengan temujanji tersebut amat mengambil kira tentang kemahiran sosial yang perlu ada pada kakitangannya.  Setelah mengetahui akan kejayaan rakan-rakannya, dia akhirnya menyesal dengan sikapnya yang mengabaikan aktiviti sosial yang pada hakikatnya dapat membantunya mencapai cita-citanya.

Bab 3: Kepimpinan dan Kerja Berpasukan

Nabi Muhammad SAW


Wednesday 21 December 2011

A136225:
Pemikiran Kritis, Penyelasaian Masalah & Pemikiran Santifik

Definisi pemikiran
Perkataan kritik berasal daripada bahasa Yunani "Kritikos" yang bermakna mampu menilai. Pada asalnya perkataan kritis dicipta untuk mengelak kesilapan, kekeliruan dan andaian-andaian yang salah. Secara umumnya kemahiran berfikir secara kritis ialah kecekapan dan keupayaan menggunakan minda untuk menilai kemunasabahan  dan kewajaran sesuatu idea, meneliti kebernasan dan  kelemahan sesuatu hujah, dan membuat pertimbangan yang wajar dengan menggunakan alasan dan bukti.  
Antara contoh kemahiran berfikir secara kritis adalah membanding dan membeza, membuat kategori,meneliti bahagian-bahagian kecil dan keseluruhan, menerangkan sebab, membuat urutan, menentukan sumber yang dipercayai, membuat ramalan, mengusul periksa andaian, dan membuat inferens.


Membanding dan membeza
Kemahiran membanding dan membeza merupakan kemahiran yang  membolehkan anda meneliti persamaan dan kelainan antara dua objek, idea, peristiwa dan sebagainya berdasarkan kepada aspek-aspek tertentu.
Contoh kemahiran membanding dan membeza ialah antara dua tokoh misalnya antara Tun Abdul Razak dengan Tengku Abdul Rahman, antara dua pekerjaan seperti  nelayan dan petani, antara dua bentuk seperti  segi tiga dan piramid, dua peristiwa dan sebagainya.
Alat berfikir yang boleh digunakan ialah Pengurusan Grafik Membanding dan  Membeza.



Membuat kategori
Kemahiran mengkategori ialah aktiviti minda yang mengelompokkan maklumat, objek atau perkara mengenai sesuatu ke dalam kumpulan atau kelas tertentu mengikut ciri-ciri sepunya yang boleh diperhatikan. Misalnya, apabila anda menyaring, mengindang, menapis dan mimilih maklumat serta meletakkan sesuatu perkara itu di bawah satu label / tajuk dan sebagainya, anda sebenarnya sudah melakukan aktiviti minda mengklasifikasi dan mengkategori.



Meneliti bahagian-bahagian kecil dan keseluruhan
Kemahiran ini dapat membantu kita melihat dengan jelas bahagian-bahagian kecil dalam suatu benda atau organisme atau sistem serta fungsinya dan kaitan bahagian-bahagian kecil itu dengan keseluruhahan.
Setiap bahagian kecil memberi sumbangan kepada keseluruhan dan bagaimana setiap  bahagian itu  berfungsi, maka ia akan membantu kita memahami dengan lebih jelas akan dunia di sekeliling kita.



Kemahiran Berfikir Secara Kreatif
Kemahiran kreatif membawa maksud kecekapan atau keupayaan menggunakan minda untuk menerokai pelbagai kemungkinan, menghasilkan sesuatu yang baru, asli, luar biasa dan bernilai sama ada bersifat maujud, abstrak, atau gagasan. Kemahiran berfikir secara kreatif adalah keupayaan sesorang untuk menghasilkan dan mencetuskan idea yang baru dan mempunyai originaliti yang tersendiri. Hasil idea yang kreatif juga merupakan hasil adea yang diilhamkan sendiri daripada individu atau hasil daripada gabungan idea yang sedia ada. Contoh kemahiran berfikir secara kreatif adalah menjana idea, menghubungkait, membuat inferens, meramal, membuat hipotesis mensintesis, mengitlak, membuat gambaran mental, menganalogi, dan mereka cipta.



Menjana idea
Menjanakan idea merupakan satu proses menghasilkan sesuatu idea, pandangan atau pendapat secara spontan berkaitan dengan sesuatu perkara. Kemahiran ini digunakan apabila pelajar hendak mencari idea baru dan mencari alternatif bagi sesuatu perkara.

Membuat inferens
Merupakan tingkahlaku minda dalam membuat kesimpulan atau andaian awal daripada sumber berasaskan isyarat-isyarat atau tanda-tanda bagi memperoleh maklumat yang tersirat. Kesimpulan awal yang dibuat ini ada kemungkinan ianya benar atau pun tidak kerana kesimpulan itu hanya akan diperoleh berdasarkan maklumat daripada sesuatu pemerhatian. Kemahiran ini digunakan apabila pelajar hendak merancangkan langkah-langkah tindakan atau membuat pilihan; dan menganalisis sebab dan akibat keputusan atau kesan.

Meramal
Merupakan sejenis kemahiran berfikir yang membolehkan pelajar membuat jangkaan terhadap sesuatu perkara atau peristiwa yang akan berlaku pada masa akan datang berdasarkan bukti dan maklumat tertentu. Aktiviti membuat ramalan pula akan dilakukan sekiranya pelajar hendak memilih tindakan yang sesuai dengan perkara yang dandaikan akan berlaku; dan mencari jalan penyelesaian bagi sesuatu perkara.


sumber:
http://mahirkbkk.tripod.com/masalah.htm
http://kulanzsalleh.blogspot.com/2010/02/kemahiran-berfikir-secara-kreatif.html
http://mujahid.tripod.com/kbkk.html



KEMAHIRAN ASAS DALAM KOMUNIKASI (A138604)

2.4 Kemahiran Asas Dalam Komunikasi
Dalam proses asas komunikasi terdapat beberapa kemahiran yang perlu dikuasai oleh kaunselor untuk memperoleh keberkesanan dalam proses komunikasi. Kemahiran tersebut ialah soalan terbuka, mendengar, senyap, memparafrasa atau penyataan semula, merefleksi perasaan, meringkas isi perbincangan dan yang akhir sekali ialah meringkas perasaan.


2.41 Soalan Terbuka
Menyoal adalah cara untuk memahami lebih lanjut perkara atau hal yang ingin dibincangkan oleh sesebuah pihak. Maksudnya, sebagai contoh kaunselor akan menyoal klien bagi mendapatkan kepastian atau penjelasan. Terdapat beberapa sebab khusus yang menyebabkan kemahiran menyoal merupakan satu kemahiran yang penting. Antaranya ialah ia mendorong mencapai tujuan komunikasi. Klien yang datang berjumpa kaunselor akan disoal oleh kaunselor mengenai masalah yang dihadapi. Di sini kita dapat lihat bahawa komunikasi tersebut telah mencapai tujuannya. Selain dari itu, menyoal juga dapat mengembangkan sikap individu. Dengan menyoal juga kita dapat memupuk semangat saling memahami. Kemahiran menyoal juga dapat dikategorikan kepada dua kumpulan iaitu pertanyaan terbuka, iaitu pertanyaan yang tidak berbentuk arahan dan kedua pertanyaan tertutup yang bersifat arahan. Antara tujuan mengemukakan soalan terbuka ialah meluaskan aspek perbincangan. Ia dapat dilakukan kerana soalan terbuka mampu menarik klien untuk menceritakan dengan lebih terperinci. Soalan terbuka juga merupakan salah satu cara untuk meransang klien bercakap lebih banyak dari apa yang difikirkan. Pada masa yang sama, tujuan soalan terbuka adalah untuk mendapatkan pendapat yang lebih jelas dan seterusnya membantu kaunselor memahami masalah klien.
Contoh :
 “apa pendapat kamu berkaitan isu pembuangan anak?”
 “kenapa agaknya keadaan ini semakin serius?”

2.42 Mendengar
Mendengar merupakan satu proses dinamik iaitu aktif dan menyeluruh. Mendengar bertujuan memahami dan mendapatkan mesej yang hendak disampaikan secara berkesan. Ia dapat diperolehi secara fizikal, idea, perasaan, psikologi serta keseluruhan pengalaman sesuatu pihak. Mendengar secara fizikal ialah melalui gerak geri fizikal yang ditunjukkan oleh pihak tersebut. Manakala mendengar secara idea pula disampaikan oleh seseorang apabila dia dapat mengeluarkan masalah secara idea atau fakta tersusun. Mendengar yang seterusnya ialah secara perasaan di mana pihak pertama akan memahami dan menyelami perasaan pihak kedua. Bukan itu sahaja terdapat juga mendengar secara psikologi di mana pihak pertama perlu memahami keadaan pihak kedua yang takut, cemas dan sebagainya. Yang terakhir sekali ialah mendengar keseluruhan pengalaman pihak kedua. Kaedah ini biasanya melibatkan pengumpulan maklumat, contoh yang boleh di ambil ialah, makulumat klien yang dikumpul oleh kaunselor bagi membantunya membuat rumusan. Kemahiran mendengar mempunyai fungsi yang tersendiri iaitu untuk belajar, menjalin hubungan, mempengaruhi orang lain, berseronok serta untuk menolong orang lain. Dalam proses mendengar, terdapat beberapa langkah yang perlu dilaksanakan. Pertama ialah menerima, di mana mesej yang disampaikan diterima. Langkah kedua ialah memahami iaitu memahami mesej yang disampaikan serta apa yang tersirat dalam fikiran penyampai. Langkah ketiga dan keempat ialah mengingat dan menilai. Langkah yang terakhir ialah memberi respons.
Contoh :
A : Saya ada sedikit masalah yang henadk dikongsi dengan encik
B : Ok..sila teruskan

2.43 Senyap
Senyap merupakan satu keadaan atau situasi yang biasa berlaku dalam sesi kaunseling. Antara punca berlakunya kesenyapan ialah klien sedang mencari idea dan mengambil masa untuk menyusun idea tersebut. Selain dari itu, ia juga mungkin disebabkan oleh pihak yang merasakan perbincangan antara mereka berlaku dengan serius atau masalah yang dikeluarkan oleh mereka adalah terlalu rumit dan besar. Kesenyapan juga mungkin berlaku kerana seseorang merasakan bahawa rahsia tersebut perlu disimpan. Tetapi, langkah-langkah bagi menghadapi kesenyapan adalah penting. Antara cara-cara yang boleh digunakan untuk menghadapi kesenyapan ialah dengan menggunakan kesenyapan sebagai alternatif untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut. Kedua, menghadapi keadaan tersebut dengan tenang dan jangan panik. Ini adalah penting untuk mengekalkan keyakinan pihak lain kepada seseorang. Ketiga, seseirang hendaklah sabar dan jangan bertanya soalan secara melulu kerana ia boleh menganggu ketenangan dan emosi pihak yang ditanya. 

2.44 Parafrasa 
Parafrasa adalah respons dalam bentuk ayat pendek oleh sesuatu pihak setelah mendengar isi dan hasil pemerhatian tingkah laku pihak yang lain. Matlamatnya ialah untuk menyemak perspesi meraka samada sama atau tidak. Selain itu ia juga untuk meringkaskan maksud seseorang serta sebagai tanda bahawa seseorang itu cuba memahami pihak lain. Terdapat beberapa panduan yang boleh digunakan dalam memparafrasa. Antaranya ialah mendengar dengan teliti, maksudnya seseorang menumpukan sepenuh perhatian terhadap apa yang dicakapkan oleh pihak kedua. Kedua ialah menyatakan semula tentang apa yang dinyatakan oleh pihak kedua sebagai rumusan yang lebih ringkas. Selain itu, pihak pertama juga tidak boleh menokok tambah apa yang diperkatakan oleh pihak kedua dan yang terakhir sekali ialah gunakan perkataan sendiri untuk menyampaikan cerita pihak kedua,
Contoh :
A : Saya dah bosan untuk tinggal bersama rakan saya
B : Anda tidak mahu tinggal dengan rakan anda lagi

2.45 Merefleksi Perasaan
Refleksi merujuk kepada satu usaha memahami seseorang dari persepsi dirinya sendiri. Kemahiran refleksi ini boleh dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu refleksi isi, refleksi perasaan dan refleksi pengalaman. Sebagai contoh, refleksi sesuai dibuat oleh kaunselor apabila klien menunjukkan perubahan tertentu, antaranya ialah menangis, tidak mahu bercakap, marah, ketawa dan agresif atau gelisah. Selain dari itu seseorang juga boleh merefleksi sekiranya percakapan dan perasaan pihak kedua yang dapat dilihat bercanggah. Bukan itu sahaja, seseorang juga boleh menggunakan kaedah merefleksi ini sebagai pengukuhan apa yang diluahkan oleh pihak yang lain.
Contoh:
A : Saya rasa amat gembira apabila guru disiplin telah dipindahkan ke sekolah lain
B : Awak lega sebab tidak perlu mandengar leteran lagi

2.46 Meringkas Isi Perbincangan
Kemahiran meringkas isi perbincangan ialah kebolehan seseorang meringkaskan perkara-perkara penting yang telah dibincangkan bersama dalam sesi temu bual untuk menyemak bahawa kedua-duanya bersetuju tentang apa yang telah dibincangkan. Terdapat dua tujuan meringkas isi perbincangan iaitu untuk membuat semakan dan untuk memberi keyakinan kepada klien bahawa kaunselor memberi sepenuh perhatian. Meringkas isi perbincangan ini dibuat dalam situasi-situasi tertentu sebagai contoh, ketika menstruktur permulaan sesi kaunseling, apabila klien menyatakan sesuatu yang mengelirukan, klien merasakan dia telah menyatakan segala-galanya dan apabila berada di penghujung sesi kaunseling.
Contoh :

A : Emak saya selalu beleter manakala ayah pula selalu memukul emak saya
B : Nampaknya pembelajaran awk terganggu ketika di rumah

2.47 Meringkas Perasaan
Meringkas perasaan selalu dijalankan dalam sesi kaunseling kerana kaunselor ingin mengenal pasti dan memberi respon kepada perasaan klien. Selain itu ia juga dibuat oleh kaunselor untuk mengajak klien menyemak respon yang dibual dan ia dapat menunjukkan bahawa kaunselor sedia mendengar masalah klien.
Contoh :
A : ayah tidak adil, selalu bezakan saya dan adik saya
B : Nampaknya awak tidak berpuas hati dengan tindakan ayah awak





komen/ulasan:
Kemahiran komunikasi adalah sangat penting dan seharusnya dikuasai oleh semua pihak. Ini kerana dengan asas-asas yang terdapat dalam kemahiran komunikasi inilah yang dapat menjadi sumber bagi mendapatkan interaksi yang berkesan dan seterusnya membantu menyelesaikan masalah seseorang di samping mengembangkan potensi dirinya sebagai individu yang berharga. Mungkin contoh-contoh banyak diberikan kepada kaunselor dan klien tetapi kita sebagai orang biasa turut tidak terkecuali untuk mempraktikkannya.





KOMUNIKASI - A137039

 http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Komunikasikeluargatanganimasalahremaja/Article

Rumusan : Artikel ini membincangkan komunikasi keluarga amat penting dalam membentuk peribadi seseorang. Komunikasi keluarga menunjukkan cara ibu bapa berkomunikasi dengan anak- anak mereka. Sekiranya ibu bapa mereka berkomunikasi dengan cara yang berkesan atau dengan cara yang betul, anak mereka akan turut berkomunikasi dengan cara yang sama kerana mereka telah didedahkan untuk berkomunikasi dengan cara itu. Tetapi sekiranya ibu bapa berkomunikasi dengan cara yang salah, contohnya jika mereka sering meninggikan suara pada anak mereka, anak mereka juga akan bersikap begitu pada orang lain. Ibu bapa perlu berkomunikasi dengan cara yang baik supaya peribadi anak mereka akan terbentuk dengan baik. Ini juga untuk memberikan 'first impression' yang elok pada orang lain. Bukan untuk bersikap hipokrit tetapi untuk berkomunikasi dengan lebih selesa pada komunikasi yang akan datang.

Tuesday 20 December 2011

A136119: Halangan Bahasa dalam Komunikasi

"WHAT ARE YOU SINKING ABOUT?!"

Bahasa Inggeris merupakan bahasa antarabangsa yang digunakan oleh seluruh dunia. Walau bagaimanapun, orang German dalam video ini, sangat jelas sekali bahawa dia tidak faham kata-kata minta bantuan daripada mangsa kapal yang tengah tenggelam. Hal ini amat perlu diberi perhatian dan bukan sekadar ditonton sebagai satu video komersial yang menghiburkan kerana jika situasi ini betul-betul berlaku di sekeliling kita, mungkin banyak nyawa akan dikorbankan.
Bagi mencapai keberkesanan komunikasi, seseorang haruslah mempelajari bahasa antarabangsa, iaitu Bahasa Inggeris dengan baik dari segi lisan dan bertulis. Dengan ini, seseorang itu barulah boleh berkomunikasi dengan orang yang terdiri daripada pelbagai agama, bangsa, budaya dan kaum dengan lancar dan efektif. Selain itu, seseorang itu juga boleh maju dalam pelbagai bidang yang berkembang di seluruh dunia.


A137039: Jenis Komunikasi

Kemahiran berkomunikasi adalah satu keupayaan untuk menyampaikan mesej , berkongsi idea , pengalaman dan perasaan antara sesama manusia. Keupayaan berkomunikasi yang berkesan mampu mengeratkan hubungan antara manusia dan dengan cara ini juga manusia bergantung antara satu sama lain. Keupayaan manusia slaing bergantung antra satu sama lain diwujudkan dengan bekerjasama untuk melaksanakan sesuatu perkara degan jayanya.

Jenis komunikasi

Komunikasi secara lisan
Komunikasi secara lisan melibatkan seseorang untuk bersuara ketika menyampaikan mesej kepada penerima. Dengan cara ini mesej boleh disampaikan dengan lebih tepat dan lebih jelas. Komunikasi lisan yang bekesan ialah kedua-dua pihak memahami perkara yang mereka sedang bincangkan. Penerima mesej juga boleh memberi respon atau reaksi pada waktu itu juga. Pada masa yang sama, hubungan antara pemberi dan penerima mesej boleh dieratkan lagi kerana mereka berkomunikasi secara langsung. Penggunaan bahasa yang sopan dan tepat perlu digunakan agar tidak menyinggung perasaan penerima mesej sekaligus tidak akan mendengar mesej yang ingin disampaikan. Intonasi juga termasuk dalam aspek komunikasi lisan. Intonasi boleh memberi kesan kepada penerima mesej. Sekiranya intonasi yang salah digunakan, berkemungkinan penerima mesej akan menerima mesej yang salah.

Komunikasi bukan verbal
Komunikasi ini lebih berbentuk fizikal dan tidak melibatkan percakapan. Komunikasi cara ini boleh memberikan pandangan awal kepada penerima mesej tentang perkara yang ingin disampaikan.  Contohya, pandangan mata, sentuhan, wangian, gerak isyarat dan gaya berjalan. Komunikasi cara ini membantu komunikasi lisan untuk menyampaikan mesej yang lebih jelas kepada penerima mesej. Komunikasi bukan verbal juga boleh disampaikan dengan cara menunjukkan perasaan seseorang pada waktu tertentu seperti marah, sedih, sayang dan lain-lain. Kadang kala komunikasi ini adalah kabur. Contohnya seseorang senyum pada kita. Mungkin individu tersebut senyum sebagai pengganti salam atau individu tersebut tersenyum kerana dia sedang memperli kita. Penerima mesej boleh memperoleh mesej yang salah dengan komunikasi ini. Komunikasi cara ini juga terikat dengan budaya. Contohnya masyarakat Arab yang sama jantina akan berpeluk antara satu sama lain apabila berjumpa tetapi laen pula bagi masyarakat Jepun atau Korea. Mereka akan saling tunduk menunduk sebagai tanda hormat antra satu sama lain.

Komunikasi bertulis
Penulisan boleh dibuat dengan pelbagai bahasa dan cara. Perkataan yang ditulis adalah mesej yang ingin disampaikan oleh pemberi mesej kepada penerima mesej. Tambahan lagi, perkara yang ditulis atau dilukis boleh disimpan untuk kegunaan masa depan. Penulisan yang baik mempunyai isi atau pengolahan yang tepat dan jelas, gaya bahasa yang betul , dan penggunaan bahasa yang tepat dan tidak kasar. Isi yang dimasukkan dalam penulisan tersebut diperoleh dari pembacaan buku atau kajian tentangperkara tersebut. Ini peru dilakukan agar penulisan yang ditulis akan memberikan maklumat yang tepat dan tidak lari dari tujuan sebenar. Fakta yang ditulis itu akan mewujudkan kepercayaan pembaca terhadap perkara yang ditulis. Kemudian, gaya bahasa yang betul perlu disampaikan agar memberikan impak yang besar kepada pembaca. Pengolahan yang baik dan sempurna memberikan kesinambungan tentang perkara yang ditulis. 


Rumusan : komunikasi lisan adalah berdasarkan percakapan seseorang terhadap orang lain. Komunikasi bukan lisan adalah komunikasi yang melibatkan gerak geri badan seseorang seperti dan juga menunjukkan personaliti seseorang. Akhir sekali, komunikasi bertulis yang tidak memerlukan pemberi mesej dan penerima mesej untuk bersua muka untuk berkomunikasi. Komunikasi jenis ini juga boleh disimpan untuk kegunaan masa hadapan.